09 June 2012
Heyy Stalker(s)! Hari ini saya nak cerita pasal benda yang saya BENCI.Kerana saya lama menghilang? Biasalah. Tak ada story nak dicerita (: Apa apa pun, esuk sekolah? Betul ke? Haa. Ni nak yang dicerita ni. Happy juga nak sekolah, tapi bosan pula bangun awal. HATE IT! Saya tahu semua budak sekolah dan budak kerja tak suka bangun awalkan? Hihi. Apa apa pun. Holiday it's over. Jangan nak malas malas bangun awal <-- Cakap dengan side mirror. Haha!
Holiday korang macam mana? Best? Enjoy? Hee. Saya punya holiday balik kampung tahu! Kampung melayu majidee. Hari hari saya balik kampung, even sekolah dengan tak sekolah. Sama sahaja balik kampung juga (: Hee. Tak la cuti saya, saya duduk rumah, jadi putera lilin. Haha! Then hantar akak nini masuk matriks dekat melaka. Apa apa pun 6JUN2012. Saya ada date bersama Hanisah. Kami pergi City Square, Johor Baharu. Tengok wayang cerita Snow White. Dalam cinema tu mengantuk sebab sejuk sangat. Selamat duduk couple sit. Letak kepala saya dekat dia. Hehe. Tapi kami tak buat macam macam okey. Kami suci dari buat kerja kotor tu (:
Nak tanya budak kelas saya ni (4UTM). Korang dah siap Homework? Dengar dengar ada kerja sekolah Bahasa Melayu dengan Sains? Bahasa Melayu tu nak buat macam mana? Dan Sains pula kerja apa? Okey, kerja sekolah saya tak siap lagi. Macam mana ni? Esuk sekolah. Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya ni. Korang pula dah siap kerja sekolah? Esuk sahaja dah sekolah. Kasut pula dah basuh? Baju sekolah? Haa, mesti belum kan? Saya dah siap dah kasut, baju, beg semua dah basuh. Tapi Homework sahaja belum buat. Hee. Bukan malas, tapi tak reti sahaja (: <-- Alasan.
Esuk adalah hari isnin? Tidakkk~! Hari yang saya benci! Kerana Hari ini adalah hari paling yang membuat saya pekak sehari. Macam mana saya tak suka, ada perhimpunan. Selama sebulan tak ada perhimpunan kerana sibuk dengan Exam. Naik cuti sahaja perhimpunan? Masak bumper saya. Dah la duduk atas mozek. Kematu bumber saya tahu! >.< HATE IT! Benci benci benci~ Gitukan? Haha!
Saya bukan tak suka pergi sekolah. Tapi cuma tak suka bangun awal. Ouhh Tidak. Dah biasa masa cuti ni bangun pukul 10pagi, paling awal pun pukul 8pagi tahu. Ni nak kena bangun pukul 6pagi? Mak aii. Tolong sesiapa set alam malam ni. Kalau tak bangun pun tak tahu la nak cakap apa la. Bom meletup baru bangun kut. Haha!
Sampai sini sahaja Entry kali ini. Kalau ada mistake atau melibatkan pribadi Stalker(s) dekat entry saya yang ni atau sebelum ni. Harap maafkan saya. Thanks Stalker(s) spent time read my entry (:
NOTE: Untuk budak budak sekolah dan budak kerja. Jangan malas untuk bangun dari tidur anda pada waktu pagi.
P/S: I Love You Kecik! ♥