"Next time you point your finger, I will point you to the mirror." - Paramore


← old new →
ENJOYING MY SAD LIFE.
12 January 2013
Hari demi hari. Banyak masalah yang muncul secara tak diingini. Bukan saya yang minta semua ni, dah ini yang telah ditakdirkan oleh saya. Jadi saya kena hadapi, saya tak boleh lari dari masalah walaupun saya tak melakukannya. 

Bila ramai kawan, ini yang akan terjadi. Even kawan sendiri pun boleh jadi musuh. Apa lagi musuh yang memang dari kecil lagi musuh kita. Banyak perkara buruk yang berlaku pada bulan December lepas. Tak sangka pula akan jadi macam ini semua.

Bila kita nak selesaikan masalah orang lain, "As easy as ABC". Tapi bila kita nak selesaikan masalah kita? *sigh* Kenapa susah sangat? Kadang kadang saya terfikir saya nak lari dari masalah yang saya buat dan saya tak buat. Tetapi bila difikiran semua. Masalah itu akan jadi lebih besar. So better kita selesaikan.

Tahun lepas adalah tahun paling TERUK saya alami. Tak sangka seteruk itu saya alami. Sampai saya macam ditipu oleh kawan saya. Kawan saya semua macam berkawan dengan saya sebab tertentu. 

"Dear Buddy, Kalau awak nak kawan dengan saya sebab duit. Mungkin awak tersilap orang, orang yang awak cari itu bukan saya. Saya ini bukannya berkerja dan bukannya dari keluarga orang yang senang" - MuhdFauzan

Tak sangka ada juga orang yang macam ini dekat dunia inikan? Berkawan dengan seseorang itu atas dasar sesuatu. Bapak selfish gila. HAHA! Kalau nak mention, nanti terasa pula. So "Siapa makan cili, terasalah pedasnya". 

Banyak lagi perkara yang teruk pada diri saya di bulan December. Tapi saya anggap itu pengajaran dari saya. Bila nak berkawan tu berpada pada. Jangan sampai jadi BABU orang lain. Saya nak minta maaf kalau ada buat salah dengan korang semua. Saya tak berniat nak berbuat sedemikian.

Yang penting, pada bulan december tu saya memang susah nak semnyum sampai hari persekolahan. Now saya dah boleh control bila saya perlu nangis. Kadang kadang saya duduk sorang sorang, saya akan nangis. Tak sangka perkara ini boleh berlaku. Bukan setakat kawan sahaja. Dengan masalah Kawan, Crush, Pikirkan Kedet sekolah. Seriously memang dah penat nak menangis lagi. Tolong paham keadaan saya. 

Saya dah penat dengan semua ini. 

"Thank You"